August
11
Filed Under (:Rome) by s4cyykhaw.ppc@smjk.edu.my on 11-08-2009

Marcus Tullius Cicero (3 Januari 106 SM7 Disember 43 SM) ialah ahli pidato dan negarawan Rom kuno yang secara umumnya dianggap sebagai pidato Latin dan ahli gaya prosa yang terutama. Cicero dilahirkan di Arpinum dan dibunuh di Formia ketika melarikan diri daripada musuh-musuh politiknya. “Bukannya tokok tambah”, Taylor menulis (seperti yang disebut dalam “Rujukan”), “untuk mengatakan bahawa era kehidupan awam Rom yang paling cemerlang dibawa oleh Cicero dan tutup pada kematiannya — beliau berdiri di tempat bermulanya dan mengikut kereta jenazahnya.” Tullii, keluarga Cicero, merupakan salah satu daripada ningrat tanah di Arpinum dan berasa geram terhadap kemasyhuran dan kekayaan keluarga Marii yang merupakan lagi sebuah keluarga Arpinum yang terutama.Sepanjang hayatnya, Cicero yang bersikap konservatif itu benci dibandingkan dengan Marius yang lebih masyhur. Nama “Cicero” berasal daripada perkataan cicer, perkatan bahasa Latin untuk “kacang kuda.” Plutarch menerangkan bahawa nama itu pada asalnya digunakan oleh seorang nenek moyang Cicero yang mempunyai rekahan pada hujung hidungnya dan yang kelihatan seakan-akan kacang kuda. Sebenarnya (Plutarch meneruskan), Cicero didesak untuk menukarkan nama yang memalukan itu ketika beliau menyertai politik, tetapi beliau enggan berbuat demikian.

(0) Comments    Read More   
August
07
Filed Under (:Rome) by s4cyykhaw.ppc@smjk.edu.my on 07-08-2009


Sumbangan Rom dalam bidang perundangan sangat penting. Undang-undang mereka yang pertama dipahat pada 12 permukaan kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas. Papan Dua Belas ini dipamerkan di tempat awam supaya semua rakyat dapat membaca dan mematuhinya. Ciri-ciri undang-undang Rom ini adalah: seseorang yang didakwa bersalah tidak dianggap bersalah sehingga terbukti kesalahannya, hak individu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dihormati, hukuman hanya akan dijatuhakn oleh hakim berdasarkan bukti yang cukup dan sahih dan semua undang-undang disusun dalam sebuah buku yang dikenali sebagai Kanun Undang-undang. Walau bagaimanapun, undang-undang mereka dapat dibahagikan kepada 3 kategori: undang-undang sivil untuk warganegara Rom dalam bentuk bertulis dan tidak bertulis termasuk peraturan senat dan dikri-dikri prinsip, undang-undang rakyat untuk semua rakyat tanpa mengambil kira warganegara yang meliputi pemilikan harta persendirian, prinsip membeli dan menjual kontrak dan rakan kongsi serta natural law yang merupakan undang-undang yang paling penting untuk semua manusia di sisi undang-undang yang menyentuh hak asasi dan kerajaan tidak berkuasa menindas. Maharaja Justinian (527-567) telah menyusun semula sistem undang-undang yang pertama di Rom. Undang-undang ini dikenali sebagai Undang-undang Justinian.

Antara prinsip perundangan Rom yang masih diamalkan dan menjadi asas undang-undang kini ialah:

-Semua manusia adalah sama di sisi undang-undang.

- Seseorang yang didakwa bersalah, dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

-Menghormati hak individu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

-Hukuman yang dijatuhkan hakim haruslah berdasarkan bukti yang cukup dan sahih.

 

(0) Comments    Read More   
August
07
Filed Under (:Rome) by s4cyykhaw.ppc@smjk.edu.my on 07-08-2009

Gaius Julius Caesar (13 Julai 100 SM – 15 Mac 44 SM) ialah seorang ahli politik, jeneral Rom dan penulis yang memainkan peranan yang genting dalam pengubahan Republik Rom menjadi Empayar Rom. Beliau telah dianggap secara meluas sebagai salah satu daripada genius tentera dalam sejarah, serta ahli politik yang bijak dan pemimpin yang kuat di dunia kuno. Caesar membuat serangan pertama oleh Rom terhadap Britain pada tahun 55 SM, dan penaklukan Gaul oleh beliau telah memperluas dunia Rom sehingga ke Lautan Atlantik. Sejak beberapa zaman, gelaran “Caesar” telah menjadi lambang pemerintah agung yang berkuasa seperti “Kaiser” dalam bahasa Jerman dan “Tsar” dalam bahasa Slavik. Pada tahun 42 SM, iaitu dua tahun selepas pembunuhannya, Senat Rom telah menerima Caesar secara rasmi sebagai salah satu daripada dewa Rom. Dilahirkan pada bulan Quinctilis (13 Julai), bulan ini kemudiannya diberikan nama “Julai” (daripada nama “Julius”) untuk memperingati jasa beliau.

 

 

Caesar merupakan orang Rom hidup yang pertama dengan matawangnya sendiri.

 

 

 

Augustus Caesar (Bahasa Latin: IMPERATOR CAESAR DIVI FILIVS AVGVSTVS), dikenali sebagai Gaius Julius Caesar Octavianus (dalam bahasa Inggeris: Octavian) untuk jangka hayatnya sebelum 27 SM, merupakan maharaja pertama dan antara yang terpenting empayar Rom.

Walaupun dia telah mengekalkan bentuk luaran Republik Rom, dia memerintah sebagai autokrat selama lebih 40 tahun dan tempoh pemerintahannya merupakan garis pembahagi antara Republik dan Empayar Rom. Dia telah menamatkan satu abad perang saudara dan memberi Rom satu era keamanan, kemakmuran dan kehebatan empayar yang dikenali sebagai Pax Romana ataupun keamaman Rom.

Beliau telah dilahirkan di Rom (atau Velletri) pada 23 September 63 SM. Bapanya juga bernama Gaius Octavius dan berketurunan keluarga terhormat darjah kebesaran equestrian akan tetapi tidak terkemuka dan merupakan gabenor Macedonia. Tidak lama selepas kelahiran Octavius, bapanya telah memberikannya gelaran Thurinus, yang berkemungkinan bersempena kemenangannya di Thurii menghadapi penentangan hamba-hamba. Ibunya, Atia, merupakan anak saudara kepada Julius Caesar yang kemudian menjadi jeneral Rom yang paling berjaya dan diktator. Dia menghabiskan tahun-tahun awalnya di rumah datuknya berhampiran Veletrae (nama moden Velletri). Pada 58 SM, semasa beliau berusia empat tahun, bapanya telah meninggal dunia. Bapa tirinya, Lucius Marcius Philippus, kemudian telah menjaganya.

Pada 51 SM sewaktu beliau berusaha sebelas tahun, Octavius telah berucap di pengebumian neneknya Julia, kakak kepada Julius Caesar. Caesar meminta Octavius mengikuti rombongannya dalam kempen di Afrika, akan tetapi dibantah Atia, yang mengatakan bahawa dia terlampau muda. Atia akhirnya memberikan kebenarannya pada tahun berikutnya iaitu 46 SM untuk menemani Caesar di Hispania, akan tetapi Octavius sendiri telah jatuh sakit dan tidak dapat mengembara. Setelah pulih, dia berlayar ke kawasan pertembungan, tetapi kapalnya karam. Beliau bersama beberapa orang sahabat berjaya menyelamatkan diri ke persisiran pantai dan merentasi kawasan musuh ke kem ketenteraan Caesar, dan ini membuatkan datuk saudaranya itu kagum. Caesar dan Octavius telah pulang dalam pedati yang sama, dan Caesar telah secara rahsia menukar kandungan wasiatnya.

 

(0) Comments    Read More   
August
07
Filed Under (:Rome) by s4cyykhaw.ppc@smjk.edu.my on 07-08-2009

  • Rom dipercayai wujud pada 1000 S.M dan mewarisi ciri-ciri dan pencapaian Tamadun Yunani.
  • Menurut legenda, Tamadun Rom dipercayai diasaskan oleh sepasang kembar yang dikenali sebagai Romulus dan Remus yang dibesarkan oleh sesekor serigala betina.
  • Sebelum melaksanakan sistem republik, kerajaan Rom juga pernah mengamalkan pemerintahan beraja. Ketika itu iaitu sekitar tahun 753 S.M, penduduk Rom terdiri daripada golongan bangsawan dan tuan tanah (patrician) dan golongan rakyat biasa (plebian)
  • Raja-raja rom pada masa ini telah memrintah dengan zalim tanpa perkemanusiaan. Justeru itu orang Rom telah memberontak dan mewujudkan sebuah kerajaan bercorak republik.
  • Kerajaan Republik boleh dinyatakan sebagai sistem kerajaan di mana rakyat memilih wakil mereka untuk melulus dan melaksanakan undang-undang.
  • Tidak ada sesiapa yang boleh mewarisi hak memegang jawatan politik.
  • Republik juga turut mengamalkan prinsip demokrasi
  • Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan republik diketuai oleh presiden.

Sistem pemerintahan republik dalam Tamadun Rom:

Konsul :

  • Konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan republik terdapat dua orang konsul yang dipilih daripada penduduk yang berumur melebihi 40 tahun.
  • konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun. Ia mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran, keadilan, ketenteraan, Keagamaan dan kewangan. Ia berperanan sebagai ketua hakim,ketua Angkatan tentera dan ketua eksekutif.

Dewan Senat :

  • Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan bangsawan. Ahli-ahli dewan ini dipilih oleh konsul. Dewan senat bertindak menasihati konsul dalam urusan pentadbiran Negara.
  •  Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan hal-hal pentadbiran negara,menggubal undang-undang untuk dibincangkan dalam dewan perhimpunan ,mengadakan rundingan dengan duta-duta asing,menetapkan rovinsi yang akan diuruskan oleh konsul,menguruskan hal ehwal kewangan,menyelesaikan krisis keagamaan.

Dewan Perhimpunan :

  • Dewan perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom. Ia dikenali Sebagai forum.Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapat laporan tentang perbincangan dengan dewan senat
  • Dewan ini membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan.Ia juga bertindak meluluskan dan mengesahkan undang-undang yang telah diputuskan oleh Dewan Senat.

            Kesimpulannya, pemerintahan republik merupakan warisan kerajaan Rom kepada tamadun dunia. Dalam pemerintahan republik, terdapat imbangan kuasa antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemerintahan republik merintis ke arah pemerintahan diktator pada Zaman Julius Caesar. Julius Caesar menamatkan pemerintahan Republik dan mengistiharkan diri sebagai diktator setelah Mengalahakan Jeneral Pompei.

(0) Comments    Read More   
August
07
Filed Under (:Rome) by s4cyykhaw.ppc@smjk.edu.my on 07-08-2009

            Aqueduct merupakan saluran air yang berfungsi membekalkan air ke Rom. Aqueduct juga penting untuk menjaga taraf kesihatan penduduk Rom. Air tersebut dibawa dari sumbernya di gunung. Teknologinya berasaskan gravity. Aqueduct yang terpanjang adalah di Marcia, iaitu sejauh 91km dan ia melalui saluran dalam tanah dan saluran dalam pintu gerbang. Antara aqueduct yang menjadi lambang kemegahan Rom ialah Aqua Claudia.

(0) Comments    Read More   
August
07
Filed Under (:Rome) by s4cyykhaw.ppc@smjk.edu.my on 07-08-2009

            Pantheon merupakan binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia. Pantheon telah dibina pada zaman Maharaja Hadrian (117 – 138M). Pantheon juga merupakan tempat pemujaan dan penyimpanan patung dewa, Kerja-kerja awam juga dijalankan di situ.

(0) Comments    Read More   
July
08
Filed Under (:Rome) by s4cyykhaw.ppc@smjk.edu.my on 08-07-2009

 

 Colloseum (nama asalnya adalah Flavian Amphitheatre) merupakan sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Lama. Colloseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72 , dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus. Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.

(0) Comments    Read More