Sumbangan Rom dalam bidang perundangan sangat penting. Undang-undang mereka yang pertama dipahat pada 12 permukaan kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas. Papan Dua Belas ini dipamerkan di tempat awam supaya semua rakyat dapat membaca dan mematuhinya. Ciri-ciri undang-undang Rom ini adalah: seseorang yang didakwa bersalah tidak dianggap bersalah sehingga terbukti kesalahannya, hak individu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dihormati, hukuman hanya akan dijatuhakn oleh hakim berdasarkan bukti yang cukup dan sahih dan semua undang-undang disusun dalam sebuah buku yang dikenali sebagai Kanun Undang-undang. Walau bagaimanapun, undang-undang mereka dapat dibahagikan kepada 3 kategori: undang-undang sivil untuk warganegara Rom dalam bentuk bertulis dan tidak bertulis termasuk peraturan senat dan dikri-dikri prinsip, undang-undang rakyat untuk semua rakyat tanpa mengambil kira warganegara yang meliputi pemilikan harta persendirian, prinsip membeli dan menjual kontrak dan rakan kongsi serta natural law yang merupakan undang-undang yang paling penting untuk semua manusia di sisi undang-undang yang menyentuh hak asasi dan kerajaan tidak berkuasa menindas. Maharaja Justinian (527-567) telah menyusun semula sistem undang-undang yang pertama di Rom. Undang-undang ini dikenali sebagai Undang-undang Justinian.
Antara prinsip perundangan Rom yang masih diamalkan dan menjadi asas undang-undang kini ialah:
-Semua manusia adalah sama di sisi undang-undang.
- Seseorang yang didakwa bersalah, dianggap tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
-Menghormati hak individu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.
-Hukuman yang dijatuhkan hakim haruslah berdasarkan bukti yang cukup dan sahih.
You must be logged in to post a comment.